Wednesday, August 09, 2006

Free User Online

Okey, hari ini aku nak ajar pula macamana korang nak tau berapa orang yang sedang melawat lamanweb korang.

Sebelum tu cuba lihat di sebelah kanan blog ini. Selepas button BLOGGER, kan ada tulis kat situ 1 Online Users. Itu maknanya 1 orang je yang sedang membuka blog ini. Aku ler tu. Heh!.

Kalau lain masa, kau nampak ada 3 Online User, maknanya ada 3 orang sedang buka blog ini dalam masa yang sama.

Heh! Best tak, boleh tahu bilangan pengunjung yang sedang online.

Korang nak dapatkan script ini tak? Mudah je, kliklah kat link tu... FREE je.

Dah daftar, copy & paste kat web atau blog anda. Selamat mencuba!

Monday, August 07, 2006

Rahsia menarik pengunjung ke lamanweb anda

Ini aku nak cerita cara nak menarik orang masuk ke lamanweb anda. Ini adalah pandangan aku je. Aku tak buat kajian di mana-mana dan bukan bidang aku nak mengkaji-kaji nie. Kalau korang jumpa artikel ini, itu maknanya cara aku memang berkesan.

Aku cuba terangkan melalui pengalaman aku je. Dah hampir 10 tahun aku bergelumang dengan dunia internet ini. Aku cubalah nak curahkan pengalaman aku nie.

Pertama yang paling penting, maklumat di dalam lamanweb anda mestilah bermanfaat kepada pengunjung. Ini adalah untuk menarik pengunjung yang tetap. Macam satu website perniagaan aku. Aku tak sangka ia meletup. Sebab apa? Sebab info yang aku berikan adalah lengkap dan terkini dari mana-mana info yang ada. Bahkan, info dari lamanweb utama syarikat pun tak se detail yang aku bagi dalam lamanweb aku tu.

Kiranya aku bernasib baik juga. Syarikat nak lancarkan perniagaan tu 15 haribulan. Aku pula lancarkan lamanweb aku pada 14 haribulan. Jadi info dia orang dah dapat dulu dari lamanweb aku sebelum majlis pelancaran. Itu adalah satu kelebihan yang aku dapat.

Jadi, kalau korang nak website korang meletup, kenalah ada info yang lengkap. Contoh macam sekarang nie. Tengah hangat pasal SITI NURHALIZA dan DATO K. Jadi korang mestilah ada info yang lengkap tentang SITI NURHALIZA dan DATO K lebih dari website orang lain. Barulah orang lain akan ke website korang.

Pelawat terawal

Hari aku semak stastistik blog aku.

Jumlah Pelawat
Hari ini : 1
Semalam : 1
Purata : 2
Paling tinggi : 4

Ada orang lain yang dah masuk nampaknya. Bukan aku sorang je syok sendiri. 1 orang tu mungkin kawan aku. Sebab aku ada bagitau dia aku dah lancar blog ini.

Aku semak lagi negara pengunjungnya.

Negara Pelawat
Malaysia
Germany

Ooo... ada orang Jerman yang masuk. Aku semak lagi. Rupanya dia jumpa blog aku ni dari blog orang lain. Dari blog orang lain? Orang tu masukkan URL blog aku ke?

Ooo tidak. Kalau korang perhatikan kat atas blog aku nie. Atas sekali sebelah kanan ada tulis NEXT BLOG. Itulah dia kehebatan blog ini. Pelawat dari blog orang lain berkemungkinan akan berjumpa dengan blog korang. Maknanya, blog ini saling bersambung antara satu sama lain. Ia berangkaian seluruh dunia. Dan sekarang nie pun dah ada beribu-ribu blog di dalam internet.

Ini adalah satu langkah awal untuk bisnes. Rangkaian yang dah ada inilah market anda. Korang nak bisnes kan? Apa lagi buatlah blog anda sendiri. Tak tau nak buat? Nanti aku ajar korang cara-cara nak buat blog macam yang aku buat nie. Mudah sangat.

Mana aku dapat maklumat pelawat lamanweb aku tu? Korang klik sini http://jom-bisnes.blogspot.com/2006/08/tambah-extreme-tracking.html

Friday, August 04, 2006

GOOGLE ADSENSE

Hehehe. Aku dah masukkan google adsense dalam blog aku.

Korang tak tau apa itu google adsense? Kau lihat kat belah atas kiri blog ini. Kan ada tulis IKLAN OLEH GOOOOOOOOOOOOOGLE. Itulah ADSENSE.

Dan itulah juga tujuan aku memulakan blog aku ini. ADSENSE adalah iklan yang diberikan oleh google kepada kita untuk kita promosikan. Setiap klik yang berlaku pada iklan tersebut, adalah nilai untuk kita.

Setakat ini, aku dah dapat US$11.92 dari ADSENSE ini. Itu aku baru bermula. Hehehe. Kira kalau nasib baik, dan ramai yang melawat blog ini dan rajin pula mengklik ADSENSE tu, kayalah aku. Googgle akan bayar kita jika duit tu dah cecah US$50.00. Aku tak sabar untuk sampai ke sasaran itu. Hehehehehe.

Tambah extreme tracking

Siap dah sumbit google search, aku tambah pula meter tracking. Ini untuk melihat statistik mengenai blog aku nie. Aku nak tengok berapa ramai yang berjaya menjumpai blog aku ini. Dan dari mana dia tahu dan dari mana dia datang.

Korang tengok kat bawah sekali blog ini, ada gambar bulat warna biru. Itulah dia tracking yang aku letak. Bila kau klik kat situ, dia akan pergi ke statistik berkenaan blog aku ini.

Kau nak letak kat lamanweb korang pun boleh. Klik kat situ juga dan carilah menu untuk dapatkan FREE TRACKING. Benda ini free je. Dan macam-macam jenis ada. Tapi aku suka yang jenis ini. Maklumat statistik yang diberikan sesuai untuk aku.

Submit GOOGLE SEARCH

Hari ini aku submit http://jom-bisnes.blogspot.com ini ke Google. Ini adalah salah satu cara supaya blog aku ini dapat dilihat dan dilawati oleh orang ramai.

Korang nak belajar ke macamana nak submit ke google nie. Hehehe, bukannya susah pun. Hanya beberapa step sahaja.

1. Anda mestilah mempunyai website sendiri. Tak kiralah web macamana pun. Blog pun boleh. Email tak termasuk dalam website ye!

2. Klik pada http://www.google.com/addurl/

3. Di situ ada ruang untuk diisikan.
- URL
(masukkan lamanweb anda di sini)
- Comments
(isilah apa-apa keterangan berkenaan lamanweb anda)
- Kod (masukkan kod yang senget-senget tertulis di atas tu)

Lepas tu klik ADD URL dan selesai....

Google akan meneliti lamanweb anda dan seterusnya memasukkan lamanweb anda ke dalam senarai mereka. Dan akan datang, bila ada pelawat yang menggunakan SEARCH GOOGLE dan apa yang dicari ada dalam lamanweb anda, maka lamanweb anda akan terpapar di senarai tersebut.

Itulah salah satu cara untuk orang tahu yang lamanweb anda itu wujud. Kalau tak, siapa pun tak tau yang anda ada lamanweb.

Dan anda juga bolehlah kalau nak submit kat lain-lain search enjin. Macam-macam ada....

Thursday, August 03, 2006

Apa tajuk aku nak letak ye...

Tajuk.

Tajuk adalah sesuatu perkara yang sangat penting sebenarnya. Dengan tajuk sahaja pun, pembaca sudah terasa apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Contoh jika aku nak bercerita berkenaan kawan sekolah aku, Siti Nurhaliza Hamid yang dulu pernah menjadi pengawas. Atau kau nak cerita berkenaan Zamawi yang ada motor KRISS tu, yang kita orang panggil dia Mawi. Yang dia beri nama pada moto Kriss dia tu Nurdiana. Budak pelik. Aku aka buat tajuk macam ini,

"SITI NURHALIZA BERSEDIA BERMADU"

"MAWI SEDIA KEMBALI KEPADA NURDIANA"

Ini adalah salah satu CONTOH tajuk sahaja. Ia tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

Dengan tajuk yang seringkas itu sahaja, pembaca sudah dapat mengagak apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Itulah sebabnya aku terpaksa berkira-kira dalam pemilihan tajuk blog aku ini.

Mulanya aku nak pilih JOM INTERNET, tetapi rasa macam tak dapat nak menarik minat pengunjung pulak. Jadi aku buat pilihan kedua JOM BISNES. Dan aku berkira-kira tajuk ini akan menjadi tarikan kepada pengunjung seperti mana pengunjung tertarik dengan tajuk "SITI NURHALIZA BERSEDIA BERMADU" atau tajuk "MAWI SEDIA KEMBALI KEPADA NURDIANA". Tajuk yang panas pastinya!

Antara INTERNET dan BISNES, aku rasa ramai yang akan pilih BISNES dari INTERNET. Walaupun sebenarnya setiap untuk bisnes mesti melalui internet. Ini aku cerita bisnes internet la.. bukan bisnes kat luar tu... Tetapi tidak semestinya internet itu semuanya bisnes. Betul tak?

Aku bukannya pandai sangat dalam BISNES INTERNET ni. Aku lebih pandai internet dari bisnes.... Huhuhu... Aku percaya kau orang tu pun semua sama macam aku juga. Pandai berinternet sahaja...

Tetapi ini adalah satu permulaan. Bermula dari tarikh 03 Ogos 2006 ini, aku akan cuba dapatkan ribuan pengunjung untuk blog aku ini. Sebab target utama aku ada untuk ADSENSE! Kau tau apa itu ADSENSE? Nanti aku akan ceritakan satu persatu. Aku akan tuliskan di blog ini bagaimana aku bermula (seperti ini) dan seterusnya kau orang juga boleh melihat perkembangan aku dari masa ke semasa. Adakah aku akan berjaya atau aku termasuk dalam golongan yang gagal seperti kau orang semua. Hehehe.. hanya tau main internet sahaja.

Tapi ingat, tahun lepas aku dah berjaya kumpul sebanyak RM10,000.00 (SEPULUH RIBU RINGGIT MALAYSIA) hanya melalui perniagaan internet. Aku pun tak sangka aku dapat sebanyak itu. Aku buat pun main-main je asalnya. Bukan ADSENSE ye, ini perniagaan lain. Kawan aku yang banyak mengikuti perkembangan aku dengan perniagaan itu. Dia nak masuk pun teragak-agak, dan aku pun tak galakkan dia masuk. Tapi last-last dia masuk juga, sebab nampak aku dah berjaya.

Dan seperti yang aku sangka, dia tak akan berjaya. Sebab cara dia dengan cara aku ini lain. Tapi aku bantu juga dia, dapatlah dia pulangan dalam RM500.00 - RM600.00. Jadilah, dapat balik modal. Modal dia tak sampai RM100.00 pun. Hehehe..

Setahun dapat kumpul RM10,000.00 lebih. Kira okeylah tu. Itulah pencapaian pertama aku sebanyak itu. Selalunya aku dapat -RM500.00. Huh negatif tu..

Aku memang gembira dapat sebanyak itu. Dan aku memang tak sangka. Dan aku memang enjoy. Dapat je duit aku terus habiskan. Huhuhu. Kawan aku tu aku selalulah ajak dia. Makan-makan-makan. Itulah yang aku buat dengan duit yang aku dapat tu. Tapi tak terasa pun RM10,000.00 tu. Mana taknya, dapat hari ini RM200.00, esok dah habis aku belanjakan. Huhuhu. Kira ganas juga aku bila dapat duit nie.

Kawan aku yang sorang tu memang tau le. Dapat je duit, aku ajak dia belanja sakan... dan barang yang paling berharga aku dapat beli KOMPUTER sebiji. Itu jelah yang membuktikannya. Lain-lain dah masuk perut aku. Huhuhu.

Ada sekali aku makan di NELAYAN. Ala yang dekat TASIK TITIWANGSA tu. Makan untuk berbuka puasa. Huh! Macam orang kaya pulak, makan kat tempat-tempat macam tu. Aku pun tak lah tau, yang makanan kat situ MAHAL GILE. Nasib baik cukup duit.

Kini, dah masuk tahun kedua. Dan aku masih meneruskan lagi perniagaan tu. Aku tak nak lagi enjoy duit yang aku dapat. Aku nak simpan baik-baik. Sebab aku dah nak KAWIN. Hehehehe. Tapi tak taulah, keuntungan boleh capai RM10,000.00 lagi atau tidak. Terpulang kepada rezeki aku.

Weh, apa aku melalut nie. Aku nak cerita pasal tajuk je. Ni dah masuk cerita BELACAN pulak dah!

Kesimpulannya, tajuk adalah penting. Cuba tengok tajuk dibawah, mana yang korang rasa menarik?

"SEKOLAH JOHARI CANTIK"

"AZAM SAYA PADA TAHUN BARU"

"GURU KELAS SAYA CIKGU RAMLAH"

"JUARA AKADEMI FANTASIA MENINGGAL DUNIA"

"MALAYSIA JUARA PIALA DUNIA"

"FAIZAL AF4 TELAH BERKAHWIN"

Tajuk-tajuk ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang meninggal dunia. Ia hanyalah sekadar tajuk.

Pelancaran blog jom-bisnes.blogspot.com

Assalamualaikum semua.

Ini adalah tulisan aku yang pertama kali untuk blog ini. Maka dengan ini, dirasmikan blog yang bakal menjadi ruang untuk aku mengeluarkan pendapat dan pengalaman aku dalam dunia internet ini.

Untuk kali ini, tidak perlulah aku bercakap panjang sangat. Ini kan ucapan perasmian sahaja, buat apa nak cakap panjang-panjang. Ye tak?

Untuk akhirnya, aku ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah mengunjungi blog ini samada secara sengaja atau secara paksa.

Sekian, dengan ini saya rasmikan blog ini dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim....

Terima kasih.